Saturday 5 January 2013

Kek dan coklat.

Coklat Oreo tempahan kawan adik.

Hari ni nak cerita pasal kek dan coklat, rata-ratanya kita semua suka makan kek dan coklat kan? saya dan anak2 pun suka tapi hubby tak berapa suka coklat kalau kek pun kena kek perisa lain (pandan atau apa2je asal bukan coklat). Di sini saya ada kongsikan beberapa gambar kek dan coklat yg saya buat sendiri tak cantik sangat hiasannya tapi bolehlah he.........he...... Sapa2 nak buat order boleh call saya untuk birthday atau pun untuk apa2 event pun boleh seminggu awal yer kalau nak tempah...... Untuk kek, perasa dan jenis kek boleh di bincangkan.. (betul ke ayat aku ni he....he...)


Coklat untuk hantaran sepupu.


Brownise tuk anak2.

Cup kek tuk sample ( love tu dah ada yg usik sebelum di snap)


Cup kek untuk teacher's day anak.





















Thursday 13 December 2012

Kek Coklat Dengan Ganache.

13-12-12 Hari ni sempat buat kek coklat gan biskut snow. Kek coklat untuk adik aku Saleha, biskut pulak untuk anak2 aku tapi rasa2nya tak sempat kena snowlah biskut aku ni sbb sejak kuar oven anak2 aku tak berhenti makan........ mmmmmmm. Nak buat semua ni bukan susah sangat kalau rajin dalam sehari macam-macam benda boleh aku masak tapi kalau dah malas and takde mood jangankan buat kuih muih masak untuk makan malam pun aku masak ala kadar saja he.he...... Tapi kalau tgh rajin mmmm bukan saja lauk pauk banyak tapi western food pun aku buat. Resepi yang aku gunakan untuk kek ni aku ambik dari Myresepi yg mana satu aku dah lupa sbb aku ni jenis yg ambik pastu oter balik ikut suka, ni versi bakar.. pernah juga buat yang versi kukus memang sedap tapi tak tahan lama. Tapi rasanya tak taulah sedap ke tidak kena tanya adik akulah sbb yg ni dia punya, special for my sister.

Wednesday 12 December 2012

Kegembiraan Dan Kesedihan Datang Bersilih Ganti!!

2-11-2012 Hari ini adalah hari teristimewa buat adik kesayanganku... 9.30 pg adikku selamat diijabkabul dengan jejaka idamannya iaitu sepupuku sendiri. Doa selamat secara kecil-kecilan di lakukan di rumah ku bersama ahli keluarga terdekat sebelum hari persandingan yg akan di lakukan seminggu dari tarikh ini iaitu pada 11-11-12. Keesokannya hari sabtu 3-11-12  kami semua berkumpul di rumah pihak lelaki kerana rewang untuk mengadakan majlis kesyukuran pengantin dan cukur jambul baby (anak buah kepada pengantin lelaki, iaitu anak sulung kepada sepupuku yang bongsu). Alhamdulillah malam itu semua selesai dengan jayanya...... pengantin dan baby dah di doakan kesejahteraan dan keselamatannya...  Pada pagi esoknya (ahad 4-11-12) kami semua di kejutkan dengan berita kematiaan sepupuku yg bongsu (ibu kepada baby yg di cukur jambulnya malam tadi) Ya Allah! hanya Allah yg tahu betapa terkejutnya dan bagai tidak percaya dengan apa yg ku dengar melalui telefon arwah jatuh dalam bilik air! dengan segera kami menuju ke rumah Mak Long sesampainya kami disana arwah telahpun pergi ke rahmatullah....... Ya Allah peliharalah arwah dan tempatkanlah dia di kalangan org yang beriman dan terimalah dia di kalangan org2 yg mati shahid kerana beliau masih dalam pantang melahirkan anak.... dan kepada diri ku dan semua sepupuku marilah kita jaga Amanah arwah iaitu Adam. Semoga Adam menjadi anak yg soleh dan semoga Allah memberi kita kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan Adam... Amin. Banyak perkara yang datang secara tiba-tiba tak kira senang, susah, gembira ataupun sedih. Kita sebagai hambaNYA harus cuba mengharunginya dengan sabar dan tabah. Ya Allah! lindungilah aku, suami, ibu dan bapaku, anak2ku dan juga seluruh ahli keluargaku dari segala mara bahaya, berikanlah kami hidayahmu, Syurgamu Ya Allah walaupun kami tidak layak untuknya tapi kami takut akan Nerakamu.... Amin.........

Thursday 20 September 2012

Tempahan kuih raya bila-bila masa saja.......

  Almond London

 Coklat Rice crispy

 Coklat Oreo Rose

 Bebola Bijan

 Biskut Colat Chips

 Corn Flake Coklat

 Corn Flake Madu

 Biskut Rice Crispy

             Biskut Salji ( Snow Cookies )

 Biskut Lemak Manis

Saturday 11 February 2012

Kuih Raya









Selain membaca, hobi ku juga memasak mmmmmmmm masak apapun aku suka, pada raya yg lepas semua kuih raya ku buat sendiri dengan pertolongan adikku dan anak2 ku. Terdetik juga di hati ini untuk jual kuih raya tahun ni 2012 ada tak sesiapa yg sokong!!!!!!! ha.ha...... mungkin dalam bulan 5 ni kena buat kuih sample so sapa2 yg nak order bolehlah buat tempahan awal and ada tak sapa2 yg boleh tlg jualkan????????? entahlah napa hati ini beria2 benar nak meniaga tapi tak tau cara dan tempatnya. Tapi meniagapun meniaga jugak i takkan lepaskan kerja sebagai guru tadika sbb itu minat i mengajar kanak2. Sebab tu ambik order jelah yer tak hah... kat atas ni  ada gambar2 biskut raya yg ku buat tahun lepas so kalau ada yg nak order call je saya 012-2597892 (Shida).

Tuesday 7 February 2012

Story about My Lovely Family

Kasih sayang tak dapat di beli dengan duit tapi duit tetap diperlukan dalam kehidupan ...... demi keperluan kehidupan waktu masa kini. Syukur Ya Allah kerana telah memberikan kehidupan yg penuh kasih dan sayang, rezeki yg murah, anak2 yg comel pada diriku dan suami yg mencintai aku. Kepada teman2 ku hargailah org yg sentiasa di sisi kita tak kira kedua org tua, suami, adik beradik dan anak2 selagi mereka masih di sisi jaganlah setelah mereka pergi menemui ilahi baru kita rasa kehilangan dan merasa berhutang kasih sayang pada mereka. Kepada adik2ku yg telah berumah tangga jagalah dan sayangilah rumah tangga kalian sebangai mana kalian sayangkan diri kalian. Buatlah segala sesuatu kerana Allah, insyaallah kehidupan kalian di dunia dan akhirat mendapat Rahmat dariNYA. Ku akui bahawa aku bukan isteri dan ibu yg baik, bukan ku tak tahu bahawa menjadi isteri yg solehah akan mendapat byk ganjarannya di akhirat nanti sekiranya segala yg kita lakukan adalah ikhlas dan kerana Allah tapi akukan manusia yg tak luput dari membuat kesilapan........ kerana itulah aku ingin berkongsi supaya kalian menjadi isteri yg solehah dan mendapat keluarga yg sakinah........ Pernah ku terfikir kalau tidak dengan kesabaran yg besar dari suamiku mungkin aku dan suami tidak akan kekal hingga ke saat ini. Terima Kasih Ya Allah semoga keluarga ku ini akan kekal abadi hingga ke syurga nanti Amin3x. Betullah kata hikmat yg sentiasa ku pengang 'Sekiranya kita mengakui kesalahan, kita akan cuba untuk membetulkannya dan memaafkan kesalahan org lain tapi kalau kita sentiasa merasa betul kita akan sentiasa menyalahkan org lain dan mencari kesalahan org lain'. Itulah yg terjadi kepada ku aku selalu menyalahkan suamiku atas setiap permasalahan ku sebelum ini tapi kini ku musahabahkan diri bahawa yg terjadi mungkin adalah atas kelemahan ku dan atas keegoanku. Ku jadikan Rasulullah S.A.W idolaku walaupun dia betul dan org lain salah dia tetap mengalah. Mengalah bukan beerti kalah tapi menang dalam bersabar dan menangani masalah........ Buat adik2ku kakak syg kan kalian kerana itu bahagia kalian bahagialah kakak, semoga kehidupan kalian sentiasa dalam Rahmat Allah amin3x.... beringatlah ketika senang, bersabarlah ketika susah. Sekiranya umurku tidak panjang jagakanlah anak2ku dan nasihatilah mereka sekiranya berbuat salah, kalau kakak pergi dulu dari abangmu pastikan anak2 kakak menjaga abangmu sehingga akhir hayatnya. Buat anak2 mama sekiranya mama pergi dulu sedekahkanlah doa buat mama jagalah papamu, jangan sia2kan pengorbanan papamu dalam membesarkan kalian. Wahai anak mama kalian lelaki ingatlah syurga di bawah telapak kaki ibu hingga ke akhir hayatmu Redha Allah adalah dari Redha org tua. Mama doakan kalian menjadi anak yg Soleh. Ini saja perkongsian ku buat kali ini......

Monday 19 December 2011

Hari yang bersejarah buat sepupuku 18/12/11

Pada hari ini sepupuku selamat di sandingkan, kami sedara mara telah berkampung di sini dari jumaat malam lagi. Meriah sungguh majlis pada hari ini ramai sedara mara, sahabat handai dan juga kenalan yang datang pada hari ini. 
Pada malam berinai iaitu sabtu malam, sewaktu sepupuku keluar bersanding di pelamin bersama pasangannya malam itu hatiku terusik, dan perasaan hiba tiba2 bersarang di hati, mmmmmmmm pasti kalian terfikir kenapa hati ini tiba2 terusik dan hiba adakah kerana gembira sepupuku selamat dinikahkan? 
Ya itu adalah salah satu dari sebabnya tapi yang utama adalah kerana diri ini teringat pada arwah PakLongku yang telah 4tahun meninggalkan kami semua, Arwah Pak Long ku adalah abang ipar kepada bapaku serta suami kepada Mak Long ku iaitu kakak kepada bapaku dan juga bapa kepada Pengantin perempuan iaitu sepupuku. 
Sewaktu mereka sepupu2ku mengambil gambar dengan pengantin hati ini terlintas alangkah bahagianya kami semua sekiranya arwah masih ada dan bersama-sama memeriahkan majlis persandingan anak bongsunya.
Tujuanku menulis cerita ini adalah untuk berkongsi dengan kalian hargailah orang tua kita yg masih ada kerna sekali mereka tinggalkan kita, mereka tak akan kembali lagi.
Pada yang telah tiada lagi orang tua kalian masih lagi boleh berbakti pada mereka dengan menghadiah kan mereka dengan secebis doa takpun cukuplah surah Al-Fatihah setiap kali selepas solat. Semoga Allah menempatkan kita semua di kalangan orang2 yg beriman. Amin......