Monday 19 December 2011

Hari yang bersejarah buat sepupuku 18/12/11

Pada hari ini sepupuku selamat di sandingkan, kami sedara mara telah berkampung di sini dari jumaat malam lagi. Meriah sungguh majlis pada hari ini ramai sedara mara, sahabat handai dan juga kenalan yang datang pada hari ini. 
Pada malam berinai iaitu sabtu malam, sewaktu sepupuku keluar bersanding di pelamin bersama pasangannya malam itu hatiku terusik, dan perasaan hiba tiba2 bersarang di hati, mmmmmmmm pasti kalian terfikir kenapa hati ini tiba2 terusik dan hiba adakah kerana gembira sepupuku selamat dinikahkan? 
Ya itu adalah salah satu dari sebabnya tapi yang utama adalah kerana diri ini teringat pada arwah PakLongku yang telah 4tahun meninggalkan kami semua, Arwah Pak Long ku adalah abang ipar kepada bapaku serta suami kepada Mak Long ku iaitu kakak kepada bapaku dan juga bapa kepada Pengantin perempuan iaitu sepupuku. 
Sewaktu mereka sepupu2ku mengambil gambar dengan pengantin hati ini terlintas alangkah bahagianya kami semua sekiranya arwah masih ada dan bersama-sama memeriahkan majlis persandingan anak bongsunya.
Tujuanku menulis cerita ini adalah untuk berkongsi dengan kalian hargailah orang tua kita yg masih ada kerna sekali mereka tinggalkan kita, mereka tak akan kembali lagi.
Pada yang telah tiada lagi orang tua kalian masih lagi boleh berbakti pada mereka dengan menghadiah kan mereka dengan secebis doa takpun cukuplah surah Al-Fatihah setiap kali selepas solat. Semoga Allah menempatkan kita semua di kalangan orang2 yg beriman. Amin......  


No comments:

Post a Comment