Thursday 13 December 2012

Kek Coklat Dengan Ganache.

13-12-12 Hari ni sempat buat kek coklat gan biskut snow. Kek coklat untuk adik aku Saleha, biskut pulak untuk anak2 aku tapi rasa2nya tak sempat kena snowlah biskut aku ni sbb sejak kuar oven anak2 aku tak berhenti makan........ mmmmmmm. Nak buat semua ni bukan susah sangat kalau rajin dalam sehari macam-macam benda boleh aku masak tapi kalau dah malas and takde mood jangankan buat kuih muih masak untuk makan malam pun aku masak ala kadar saja he.he...... Tapi kalau tgh rajin mmmm bukan saja lauk pauk banyak tapi western food pun aku buat. Resepi yang aku gunakan untuk kek ni aku ambik dari Myresepi yg mana satu aku dah lupa sbb aku ni jenis yg ambik pastu oter balik ikut suka, ni versi bakar.. pernah juga buat yang versi kukus memang sedap tapi tak tahan lama. Tapi rasanya tak taulah sedap ke tidak kena tanya adik akulah sbb yg ni dia punya, special for my sister.

Wednesday 12 December 2012

Kegembiraan Dan Kesedihan Datang Bersilih Ganti!!

2-11-2012 Hari ini adalah hari teristimewa buat adik kesayanganku... 9.30 pg adikku selamat diijabkabul dengan jejaka idamannya iaitu sepupuku sendiri. Doa selamat secara kecil-kecilan di lakukan di rumah ku bersama ahli keluarga terdekat sebelum hari persandingan yg akan di lakukan seminggu dari tarikh ini iaitu pada 11-11-12. Keesokannya hari sabtu 3-11-12  kami semua berkumpul di rumah pihak lelaki kerana rewang untuk mengadakan majlis kesyukuran pengantin dan cukur jambul baby (anak buah kepada pengantin lelaki, iaitu anak sulung kepada sepupuku yang bongsu). Alhamdulillah malam itu semua selesai dengan jayanya...... pengantin dan baby dah di doakan kesejahteraan dan keselamatannya...  Pada pagi esoknya (ahad 4-11-12) kami semua di kejutkan dengan berita kematiaan sepupuku yg bongsu (ibu kepada baby yg di cukur jambulnya malam tadi) Ya Allah! hanya Allah yg tahu betapa terkejutnya dan bagai tidak percaya dengan apa yg ku dengar melalui telefon arwah jatuh dalam bilik air! dengan segera kami menuju ke rumah Mak Long sesampainya kami disana arwah telahpun pergi ke rahmatullah....... Ya Allah peliharalah arwah dan tempatkanlah dia di kalangan org yang beriman dan terimalah dia di kalangan org2 yg mati shahid kerana beliau masih dalam pantang melahirkan anak.... dan kepada diri ku dan semua sepupuku marilah kita jaga Amanah arwah iaitu Adam. Semoga Adam menjadi anak yg soleh dan semoga Allah memberi kita kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan Adam... Amin. Banyak perkara yang datang secara tiba-tiba tak kira senang, susah, gembira ataupun sedih. Kita sebagai hambaNYA harus cuba mengharunginya dengan sabar dan tabah. Ya Allah! lindungilah aku, suami, ibu dan bapaku, anak2ku dan juga seluruh ahli keluargaku dari segala mara bahaya, berikanlah kami hidayahmu, Syurgamu Ya Allah walaupun kami tidak layak untuknya tapi kami takut akan Nerakamu.... Amin.........