Monday 19 December 2011

Hari yang bersejarah buat sepupuku 18/12/11

Pada hari ini sepupuku selamat di sandingkan, kami sedara mara telah berkampung di sini dari jumaat malam lagi. Meriah sungguh majlis pada hari ini ramai sedara mara, sahabat handai dan juga kenalan yang datang pada hari ini. 
Pada malam berinai iaitu sabtu malam, sewaktu sepupuku keluar bersanding di pelamin bersama pasangannya malam itu hatiku terusik, dan perasaan hiba tiba2 bersarang di hati, mmmmmmmm pasti kalian terfikir kenapa hati ini tiba2 terusik dan hiba adakah kerana gembira sepupuku selamat dinikahkan? 
Ya itu adalah salah satu dari sebabnya tapi yang utama adalah kerana diri ini teringat pada arwah PakLongku yang telah 4tahun meninggalkan kami semua, Arwah Pak Long ku adalah abang ipar kepada bapaku serta suami kepada Mak Long ku iaitu kakak kepada bapaku dan juga bapa kepada Pengantin perempuan iaitu sepupuku. 
Sewaktu mereka sepupu2ku mengambil gambar dengan pengantin hati ini terlintas alangkah bahagianya kami semua sekiranya arwah masih ada dan bersama-sama memeriahkan majlis persandingan anak bongsunya.
Tujuanku menulis cerita ini adalah untuk berkongsi dengan kalian hargailah orang tua kita yg masih ada kerna sekali mereka tinggalkan kita, mereka tak akan kembali lagi.
Pada yang telah tiada lagi orang tua kalian masih lagi boleh berbakti pada mereka dengan menghadiah kan mereka dengan secebis doa takpun cukuplah surah Al-Fatihah setiap kali selepas solat. Semoga Allah menempatkan kita semua di kalangan orang2 yg beriman. Amin......  


Thursday 15 December 2011

Homemade chocolate.

Inilah coklat yg telah saya hasilkan, tidak susah untuk membuat coklat tapi nak mengolah supaya menjadi menarik yg susah, lagipun saya bukan jenis yang sabar tapi suka mencuba benda2 yg baru lepas ni kalau ada masa dan duit saya nak belajar buat  kuih plak bukan tak tau tapi nak lebih pandai terutamanya untuk beniaga manalah tau kot esok2 dapat tempahan kalau setakat makan sendiri gan buat open house sendiri no problem he...he..... sebab saya ni memang suka memasak. Mmmmmmmmm kalau ada sapa2 nak order boleh bagi tau ni untuk doorgift for birthday party ke atau hadiah, hantaran dan sebagainyelah!!!!!!!
















Kongsi Cerita, Petua dan Resepi

Mari kita bertukar2 pandangan mengenai dunia kita, contohnya masalah yg sering kita hadapi sebagai isteri, ibu dan anak.Saya adalah ibu kepada 4 heroes bekerja sebagai guru tadika dan mengajar tuisyen di rumah ala biasalah duduk kl ni kena cari pendapatan lebih untuk tlg hubby. Walaupun saya sekeluarga tak tergolong dalam keluarga yg berada tapi saya bersyukur dengan apa yg saya ada hari ini. So pada siapa2 yg ada masalah yg nak diluahkan ataupun nak minta pendapat pasal anak2 kita bolehlah berkongsi jgn simpan masalah terutamanya yg wanita, meluahkan pada org lain dengan tujuan untuk meringankan beban lebih baik dari pendam. Mungkin saya boleh menolong atau beri pandangan ok.....