Tuesday 7 February 2012

Story about My Lovely Family

Kasih sayang tak dapat di beli dengan duit tapi duit tetap diperlukan dalam kehidupan ...... demi keperluan kehidupan waktu masa kini. Syukur Ya Allah kerana telah memberikan kehidupan yg penuh kasih dan sayang, rezeki yg murah, anak2 yg comel pada diriku dan suami yg mencintai aku. Kepada teman2 ku hargailah org yg sentiasa di sisi kita tak kira kedua org tua, suami, adik beradik dan anak2 selagi mereka masih di sisi jaganlah setelah mereka pergi menemui ilahi baru kita rasa kehilangan dan merasa berhutang kasih sayang pada mereka. Kepada adik2ku yg telah berumah tangga jagalah dan sayangilah rumah tangga kalian sebangai mana kalian sayangkan diri kalian. Buatlah segala sesuatu kerana Allah, insyaallah kehidupan kalian di dunia dan akhirat mendapat Rahmat dariNYA. Ku akui bahawa aku bukan isteri dan ibu yg baik, bukan ku tak tahu bahawa menjadi isteri yg solehah akan mendapat byk ganjarannya di akhirat nanti sekiranya segala yg kita lakukan adalah ikhlas dan kerana Allah tapi akukan manusia yg tak luput dari membuat kesilapan........ kerana itulah aku ingin berkongsi supaya kalian menjadi isteri yg solehah dan mendapat keluarga yg sakinah........ Pernah ku terfikir kalau tidak dengan kesabaran yg besar dari suamiku mungkin aku dan suami tidak akan kekal hingga ke saat ini. Terima Kasih Ya Allah semoga keluarga ku ini akan kekal abadi hingga ke syurga nanti Amin3x. Betullah kata hikmat yg sentiasa ku pengang 'Sekiranya kita mengakui kesalahan, kita akan cuba untuk membetulkannya dan memaafkan kesalahan org lain tapi kalau kita sentiasa merasa betul kita akan sentiasa menyalahkan org lain dan mencari kesalahan org lain'. Itulah yg terjadi kepada ku aku selalu menyalahkan suamiku atas setiap permasalahan ku sebelum ini tapi kini ku musahabahkan diri bahawa yg terjadi mungkin adalah atas kelemahan ku dan atas keegoanku. Ku jadikan Rasulullah S.A.W idolaku walaupun dia betul dan org lain salah dia tetap mengalah. Mengalah bukan beerti kalah tapi menang dalam bersabar dan menangani masalah........ Buat adik2ku kakak syg kan kalian kerana itu bahagia kalian bahagialah kakak, semoga kehidupan kalian sentiasa dalam Rahmat Allah amin3x.... beringatlah ketika senang, bersabarlah ketika susah. Sekiranya umurku tidak panjang jagakanlah anak2ku dan nasihatilah mereka sekiranya berbuat salah, kalau kakak pergi dulu dari abangmu pastikan anak2 kakak menjaga abangmu sehingga akhir hayatnya. Buat anak2 mama sekiranya mama pergi dulu sedekahkanlah doa buat mama jagalah papamu, jangan sia2kan pengorbanan papamu dalam membesarkan kalian. Wahai anak mama kalian lelaki ingatlah syurga di bawah telapak kaki ibu hingga ke akhir hayatmu Redha Allah adalah dari Redha org tua. Mama doakan kalian menjadi anak yg Soleh. Ini saja perkongsian ku buat kali ini......

No comments:

Post a Comment